Antarabangsa

Tangani Pencemaran: PM New Zealand Mahu Cukai Kentut Lembu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW ZEALAND, 12 Oktober 2022 – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden, dalam sebuah sidang media pada Selasa telah menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya akan mengusulkan supaya “emisi” dari haiwan ternakan di sana dikenakan cukai.

Langkah ini menurut beliau dapat membantu usaha menjaga alam sekitar, kerana lepasan gas (seperti kentut), oleh haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan biri-biri akan menghasilkan ges metana, sejenis gas yang menjejaskan alam sekitar.

“Ini adalah merupakan sebuah langkah penting untuk New Zealand berubah ke arah masa depan dengan emisi yang rendah, dan untuk kita tunaikan janji bagi meletakkan harga terhadap emisi dalam bidang pertanian bermula tahun 2025,” tegas Arden.

Namun, tidak semua yang mengukirkan senyuman apabila mendengar khabar bahawa ‘kentut’ haiwan ternakan akan dikenakan bayaran.

“Kami tak bersetuju dengan hal ini. Ia menyedihkan, memikirkan sekarang kita mempunyai usul ini dari kerajaan yang ‘merenggut jantung’ pekerjaan kami” luah Andrew Hoggard, presiden kesatuan peladang di kawasan luar bandar.

Menurutnya, sistem pencukaian ini akan mengakibatkan ramai peladang kecil menderita dan terpakasa gulung tikar.

Namun, menurut sebuah laporan antarabangsa, kerajaan New Zealand menegaskan bahawa kerajaannya akan membantu peladang supaya tiada kos keterlaluan yang bakal dipikul peladang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: