Tempatan

Penemuan Najis Tikus, 4 Kilang Makanan Diarah Tutup – JKNM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 02 Ogos 2023 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) telah mengeluarkan notis arahan penutupan sementara kepada empat kilang memproses makanan akibat penemuan najis tikus.

Media tempatan melaporkan, Pengarah JKNM, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata, empat premis berkenaan terletak di kawasan Bukit Rambai, Serkam, Umbai dan Batu Berendam.

Menurutnya, notis dikeluarkan menerusi Operasi Bersepadu Kilang 2023 yang diadakan selama dua hari iaitu 31 Julai dan 01 Ogos membabitkan 30 anggota penguatkuasa JKNM dari daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.

BACA JUGA: PRN: “Saya Minta Kepada Chow Kon Yeow Untuk Beri Cuti” – Lim Guan Eng

BACA JUGA: Bayaran Khas Penghargaan Penjawat Awam, Pesara Dibayar 10 Ogos Ini

BACA JUGA: Dakwa Rayuan Kalimah Allah Digugurkan Kerana DAP, Saifuddin Tegur Muhyiddin

“Sebanyak 13 premis diperiksa dan kita mengeluarkan 15 kompaun bernilai RM35,200 dan empat premis diarahkan tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana terdapat kehadiran najis tikus serta berada dalam tahap kebersihan tidak memuaskan,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Dr Rusdi juga memaklumkan, sebanyak 37 kompaun dikeluarkan ke atas 61 kilang yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 bernilai RM48,400.

“Bagi kesalahan premis pengilangan makanan tidak menyediakan atau mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM), sebanyak 12 kilang dikenakan kompaun bernilai RM30,000,” tambah beliau lagi.

Sehubungan itu, sekiranya didapati wujud premis pengilangan makanan yang kotor, makanan produk tamat tarikh luput dan bungkusan makanan yang rosak, pengguna digesa menyalurkan aduan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau di laman sesawang http://moh.spab.gov.my.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: