Kemuncak Fenomena Hujan Meteor Perseids 13 Ogos Ini
SHAH ALAM, 02 Ogos 2023 – Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena kemuncak hujan meteor Perseids pada 13 Ogos sehingga menjelang awal pagi 14 Ogos ini.
Planetarium Negara berkata, kemuncak hujan meteor tersebut dijangka berlaku dengan kadar maksimum 110 meteor sejam atau hampir dua meteor seminit pada 13 Ogos, jam 9 malam sehingga menjelang awal pagi 14 Ogos.
BACA JUGA: Dakwa Rayuan Kalimah Allah Digugurkan Kerana DAP, Saifuddin Tegur Muhyiddin
BACA JUGA: Malaysia Komited Perangi Sentimen Islamofobia, Lindungi Kitab Suci Al-Quran
BACA JUGA: Muslim Leka Berpolitik, Ada Pihak Cuba Jatuhkan Perundangan Syariah – Peguam
Menurutnya, pusat pancaran meteor tersebut datang dari buruj Perseus yang terletak di langit sebelah Utara.
Fenomena hujan meteor Perseids itu telah bermula sejak 17 Julai lalu dan dijangka berakhir pada 24 Ogos 2023.
“Bagi yang ingin memerhatikan fenomena ini perlu ke kawasan yang gelap dan jauh dari pencemaran cahaya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Sebelum ini, fenomena astronomi berkenaan turut berlaku pada 2022 pada waktu yang sama dengan purata 60 meteor sejam.