Tempatan

Cubaan Seludup Beras, Gula Di Sempadan Malaysia-Indonesia Tumpas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAU, 02 Ogos 2023 – Pasukan tentera dari Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup keluar barangan terkawal dari Malaysia ke Indonesia.

Portal melaporkan, pihak 1 Divisyen berjaya menahan seorang lelaki ketika cuba menyeludup keluar lebih 2,000 kilogram (kg) beras, 2,000 kg gula dan 30 kotak minuman keras serta pelbagai barangan makanan, di sempadan Malaysia-Indonesia, dekat Serikin.

BACA JUGA: Penemuan Najis Tikus, 4 Kilang Makanan Diarah Tutup – JKNM

BACA JUGA: Ajaran Sesat SiHulk: Tiada Kawasan Khusus Dikesan Di Selangor – KP Selangor

BACA JUGA: PRN: “Saya Minta Kepada Chow Kon Yeow Untuk Beri Cuti” – Lim Guan Eng

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang pemandu lori lelaki warga tempatan berusia 52 tahun didapati cuba membawa barang-barang terkawal dari Malaysia ke Indonesia.”

Pihak tentera juga menahan sebuah lori dari Malaysia yang cuba memasuki Indonesia menggunakan jalan tidak sah.

Tangkapan dan rampasan berjumlah lebih RM125,000 termasuk sebuah lori tiga tan dianggarkan bernilai RM90,000 itu dilakukan pasukan tentera ketika menjalankan rondaan, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Kesemua barangan, kenderaan termasuk pemandu lori terbabit diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah Bau untuk siasatan lanjut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: