Antarabangsa

Pelampau Hindu Bakar Kubur Umat Islam Untuk Bina Berhala

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MADHYA PRADESH (INDIA), 18 Mei 2022 – Sekumpulan pelampau Hindu telah bertindak melampaui batas dalam membakar makam perkuburan umat Islam di daerah Neemuch, Madhya Pradesh.

Lapor The Hindustan Gazette, tidak berpuas hati dengan sekadar membakar kubur malang tersebut, mereka bertindak pula mendirikan berhala pada dinding ‘Dargah’ tersebut.

‘Dargah’ adalah sebuah makam, kebiasaannya perkuburan bagi orang-orang kemuliaan bagi umat Islam seperti ahli ilmu dan sebagainya.

Menurut video yang dikongsikan, kelihatan pelampau-pelampau yang menutup wajah mereka sedang merusuh sambil memegang senjata, di mana mereka mengerumuni makam yang sedang diawasi anggota polis.

Laporan juga mendedahkan bahawa beberapa orang telah cedera dalam insiden keganasan yang menyasarkan umat Islam tersebut.

Hal ini mendapat kecaman hebat, di mana seorang pengguna Twitter berkata:

“Memalukan. Orang-orang yang mudah diperdaya dihasut untuk menyebarkan kebencian dan hancurkan harmoni bersama.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: