Tempatan

Setelah Video Tular, Pelampau Hindu Mohon Maaf Sokong Hinaan Ke Atas Nabi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2022 – Sekumpulan pelampau hindu tampil memohon maaf atas perbuatan mereka yang menyokong penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

@g………….m600♬ original sound – jay Shree ram 350

Mereka yang dipercayai sekumpulan warga asing telah memuat naik video di aplikasi TikTok pada Selasa lepas menyatakan sokongan terhadap ahli politik India Nupur Sharma yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. di negara tersebut.

Susulan tular video tersebut, pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan/undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau golongan awam,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Menurut beliau juga, siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 turut dilakukan iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Dalam pada itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan tidak menyentuh sensitiviti agama serta kaum selain mengingatkan tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa yang sengaja berbuat demikian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: