Hanya Mesut Ozil Atlet Muslim Yang Berani Bersuara Tentang India – Khaled Beydoun
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BERKELEY, 16 Jun 2022 – “Mesut Ozil adalah satu-satunya atlet Muslim yang bereputasi global yang bercakap tentang #India.”
Demikian ciapan yang ditulis Profesor Madya Undang-Undang di Sekolah Undang-Undang Universiti Detroit Mercy dan Fakulti Gabungan Kanan di Projek Penyelidikan & Dokumentasi Islamofobia Universiti California-Berkeley, Khaled Beydoun dalam satu kenyataan yang berjaya meraih 15.1k likes, 3.5k retweet di Twitter.
Mesut Ozil is the only Muslim athlete of global repute to speak on #India pic.twitter.com/1IxJSZcUUN
— Khaled Beydoun (@KhaledBeydoun) June 15, 2022
Beliau berkata sedemikian sebagai ciapan balas tentang kenyataan yang ditulis bekas pemain bola sepak Arsenal, Mesut Ozil melalui laman Twitter rasmi miliknya yang berkata;
“Berdoa pada malam Lailat al-Qadr untuk keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara sesama Islam kita di India. Mari sebarkan kesedaran mengenai situasi yang memalukan ini!” tegas beliau.
Dalam pada itu, Ozil dengan berani mempersoalkan tentang apa yang sedang berlaku kepada hak asasi manusia di tempat yang dikatakan demoksrasi terbesar di dunia dengan tanda pagar #BreakTheSilence.
Sebelum ini, berikutan dari isu penghinaan Nabi Muhammad S.A.W oleh dua orang ahli politik India, #BoycottIndianproduct menjadi tular di Twitter dan Khaled Beydoun tampil dengan menyokong kempen boikot produk dari negara tersebut.
“Boycott Indian products until companies and politicians cease anti-Muslim hate in INDIA. RETWEET #BoycottHindutva.”
Boycott Indian products until companies and politicians cease anti-Muslim hate in INDIA.
RETWEET #BoycottHindutva
— Khaled Beydoun (@KhaledBeydoun) June 5, 2022