Antarabangsa

Saya Beri Mereka Kebebasan Untuk Bunuh Muslim – Bekas ADUN BJP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

RAJASTHAN, 24 Ogos 2022 – “Saya telah memberi pekerja-pekerja saya kebebasan untuk membunuh mereka (Muslim). Kami beri mereka kebebasan. Kami akan bebaskan mereka dan keluarkan mereka dari tahanan. Gerakan ini boleh dipimpin oleh beberapa orang. Seseorang hanya perlu menyediakan pelan untuknya,” kata mantan ADUN Rajasthan dari BJP, Gyan Dev Ahuja dengan bangganya di hadapan kamera.

Ujarnya lagi, dia memberi kebebasan kepada pengikutnya untuk membunuh Muslim yang “terlibat dengan penyeludupan lembu”. Menurutnya, setakat ini, mereka telah membunuh lima orang Muslim.

“Sehingga sekarang, kita telah membunuh lima orang lelaki Muslim. Yang pertama kita bunuh di Lalvandi, kemudian di Bahrod, kemudian di Virjuka,” katanya lagi.

Menurut laporan media antarabangsa, ini bukan kali pertama Gyan Dev Ahuja menghasut keganasan ke atas Muslim secara terbuka.

Sepanjang memegang tampuk pemerintahan di daerah Alwar, Rajasthan, penduduk berulang kali menyaksikan keganasan beramai-ramai dilakukan terhadap Muslim di mana mantan ADUN itu bukan sahaja menyokongnya, malah menafikan fakta di depan mata.

Sebagai contoh, pada tahun 2017, seorang lelaki Muslim, Zakir Khan, telah dibelasah beramai-ramai dan ditangkap kerana disyaki menyeludup lembu.

Walaupun tiada di tempat kejadian sewaktu keganasan itu berlaku, Gyan Dev menyangkal semua dakwaan bahawa Zakir telah dipukul oleh kumpulan perusuh.

Dakwanya, “Ketika orang ramai mengekori trak itu, ia terbalik, mengakibatkan kecederaan. Sekarang, dia mengatakan bahawa orang kampung memukulnya. Saya telah mengambil butiran kes daripada SHO (Station House Officer). Orang ramai tidak memukulnya. Dia cedera kerana kenderaan itu terbalik.”

Mantan ADUN itu telah ditahan polis berikutan kenyataan pembunuhan lima lelaki Muslim itu atas dakwaan mempromosikan kebencian dan permusuhan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: