Antarabangsa

Demi Dewa, Kerajaan India Hancurkan Rumah Umat Islam Di Bulan Ramadan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MADHYA PRADESH, 17 April 2022 – Puak Hindu termasuklah anggota polis yang meraikan sambutan Dewa, Ram Navmi bukan sahaja menceroboh masuk masjid dan rumah-rumah orang Islam di sana, tetapi juga bertindak menyerang dan membelasah mereka.

Al Jazeera melaporkan, kebanyakan dari keganasan yang berlaku saat umat Islam menyambut Ramadan itu dilaporkan berlaku di Madhya Pradesh, Gujarat, Jharkhand dan West Bengal.

BACA: Vaksin AstraZeneca Ada Babi: Malaysia Akan Kaji Bahan Dalam Vaksin

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka

“Dalam sebuah video yang dikatakan berlaku Muzaffarpur di Bihar, seorang lelaki dilihat memanjat dinding masjid dan memasang bendera saffron di pintu masuk masjid itu manakala orang lain bersorak sambil menjulang pedang dan kayu hoki.”

“Pelampau Hindu membakar sebuah masjid di Khargone, manakala polis yang berada di sana hanya diam tidak berkutik,” kata CJ Werleman.

Di Gujarat pula, berlaku perbalahan yang mengakibatkan satu kematian manakala beberapa orang lagi cedera.

Bukan itu sahaja, menurut FreePressKashmir, sehari selepas puak Hindu menyerang dan merobohkan masjid, rumah, kedai dan harta milik orang Islam di Khargone Madhya Pradesh, datang pula jentolak melakukan perkara sama keesokan harinya.

“Visual jentolak memusnahkan rumah dengan kehadiran dan iringan polis telah dikongsi secara meluas di media sosial.”

Malah, Muslim yang hadir ke balai polis untuk membuat laporan pula ditahan.

Setakat ini, 84 individu ditahan berkaitan dengan keganasan yang berlaku.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: