Antarabangsa

Ahli Parlimen Kanada Tuntut PM India Berhenti Cetuskan Kebencian Terhadap Muslim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANADA, 18 April 2022 – “Kerajaan Modi mesti berhenti mencetuskan sentimen anti-Muslim,” tegas seorang ahli parlimen Kanada, Jagmeet Singh kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi melalui ciapan di laman Twitternya baru-baru ini.

Dalam ciapan tersebut, beliau meluahkan kebimbangannya apabila melihat penganiayaan yang berlaku terhadap umat Islam di negara India.

BACA: Malaysia Mungkin Akan Senasib Ukraine – Anifah Aman

BACA: Rusia Bakal Serang Ukraine; Seluruh Dunia Cabut Lari Kecuali Rakyat Malaysia

BACA: Dunia Bakal Kebuluran Harga Barang Melambung

“Saya amat risau tentang gambar, rakaman dan ancaman keganasan yang disasarkan terhadap masyarakat Islam di India,” luahnya.

Kenyataan tersebut merujuk kepada serangan demi serangan yang dibuat India ke atas orang Islam dan rakaman yang tular mengenai seorang lelaki yang mengeluarkan ancaman rogol kepada wanita Islam.

Selain itu, CTV News melaporkan bahawa kumpulan sayap kanan India membuat perarakan mengugut dan melaungkan slogan provokatif di kawasan luar masjid dan rumah orang Islam di India.

Jagmeet Singh menegaskan, Kanada mesti memainkan peranan yang penting dalam memastikan keamanan wujud di mana-mana.

Februari lalu, jawatankuasa kecil Dewan Rakyat Amerika Syarikat yang membincangkan Hak Asasi Manusia Antarabangsa mendengar keterangan mengenai penindasan yang berlaku terhadap umat Islam di India.

Nuri Turkel, Naib Pengerusi Suruhanjaya Kebebasan Beragama Antarabangsa Amerika Syarikat (UCIRF) memberi amaran kepada ahli parlimen bahawa kerajaan “sedang hilang arah mengenai pencabulan hak asasi manusia dan penganiayaan agama di India terhadap umat Islam”.

“Tidak dapat dibayangkan sebuah negara yang mempunyai populasi Muslim terbesar, yang sebelum ini mempunyai presiden beragama Islam kini sedang menekan Muslim,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: