Antarabangsa

Paderi Ditampar, Pelampau Hindu Wanita Bakar Bible dan Persenda Jesus

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 03 Mac – Sekumpulan 12 orang pelampau Hindu telah menampar dan memukul dua orang paderi sehingga hampir pengsan, seterusnya bertindak membakar Bible yang dibawa oleh paderi tersebut seraya mencemuh Jesus.

Baca: KDN, Sila Ambil Tindakan Terhadap Beberapa Pendakwah Islam – Menteri Sumber Manusia

Baca: Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka

Baca: Perlis perlu murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal

Menurut CBN News, seorang pelampau ternampak paderi tersebut berdoa di bahagian atas sebuah rumah, sebelum bertindak memanggil beberapa orang lalu mengepung paderi tersebut.

Pastor Sanjay Kumar dan Pastor Inderjit kemudiannya dipukul, ditampar dan disoal siasat sehingga hampir pengsan. Menurut Sanjay Kumar, Bible beliau dirampas ketika beliau hampir pengsan.

Seorang pelampau wanita kemudiannya telah bertindak membakar Bible tersebut sambil berkata:

“Lihat, aku dah bakar Jesus kau.”

Mereka turut dipaksa melaungkan bacaan keagamaan Hindu yang merupakan sebuah pujian kepada dewa Hanuman, sebelum pelampau tersebut cuba membawa mereka ke kuil untuk tunduk kepada berhala-berhala di sana.

Menurut Kumar, pelampau hindu menuduh beliau dan rakannya mengumpan sebuah keluarga untuk menganut agama Kristian dengan wang yang diperolehi dari luar negara.

“Saya dah beritahu mereka (pelampau) untuk tanya sendiri keluarga tersebut kalau kami ada memaksa mereka untuk datang ke gereja dan kalau kami ada mengumpan mereka untuk datang ke gereja dengan wang.” Ujar Kumar.

Hal tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa, di mana Kumar mendakwa salah seorang pelampau yang memukulnya hadir ke balai polis ditemani Rambabu Yadav, seorang pemimpin terkemuka parti pemerintah India, Bharatiya Janata Party (BJP).

Human Rights Watch (HRW), sebuah badan antarabangsa menyuarakan kerisauan tentang keadaan di India yang mendiskriminasi golongan minoriti seperti Muslim dan Kristian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: