Antarabangsa

Kita Bakal Lihat Presiden Muslim Amerika Tidak Lama Lagi – Sylvester Turner

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEXAS, 17 April 2022 – Amerika Syarikat bakal melihat seorang presiden Muslim tidak lama lagi, kata Datuk Bandar Houston, Sylvester Turner dalam Majlis Berbuka Puasa Houston baru-baru ini.

Beliau berkata sedemikian ketika berlangsungnya majlis yang menerima kehadiran seramai 2,000 orang termasuk ahli Kongres L. Green, wakil-wakil rakyat serta diplomat asing.

BACA: Lelaki Gay Guna Quran Lap Lantai

BACA: Bukan Salah Mereka Minum, Lainlah Kalau Mereka Memandu – Syed Saddiq

BACA: Malaysia Negara Islam Mengarut – Gay Murtad IPT Selangor

“Hakikatnya, anda tidak boleh menjadi bandar yang hebat jika anda tidak mempunyai wakil Muslim di bandar anda,” ujarnya.

Beliau yang merupakan pengerusi majlis pada hari itu turut memaklumkan bahawa masyarakat Islam adalah penting dalam bandar tersebut. Beliau mahu orang ramai melihat dan menerima kepelbagaian, di samping saling berdiri dan menyokong satu sama lain.

Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa majlis berbuka puasa berkenaan merupakan yang terbesar diadakan di Amerika pada tahun ini. Sylvester Houston turut bercadang untuk menambah jumlah kehadiran dalam majlis iftar tahun hadapan daripada 2,000 orang kepada 3,000 orang.

Leave a Reply

Back to top button