Antarabangsa

Letupkan Madrasah, Ia Tidak Sepatutnya Wujud – Ketua Hindutva

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALIGARH, INDIA, 21 September 2022 – Ketua Hindutva, Yati Narsinghanand ditahan atas kenyataan bahawa madrasah tidak sepatutnya wujud dan menyeru agar madrasah diletupkan dalam sebuah kenyataan pada Ahad lalu, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.

“Madrasah tidak sepatutnya wujud pada mulanya.”

“Mereka harus dihancurkan dengan bom atau kita harus mengamalkan dasar China dan menghantar penghuni madrasah ke kem tahanan,” katanya.

Video yang menunjukkan Narsinghanand mengucapkan kenyataan provokasi tersebut baru-baru ini tular di laman sosial Twitter.

 

Narsinghanand berkata sedemikian bagi menjawab kepada pertanyaan mengenai keputusan Kerajaan Uttar Pradesh untuk melakukan tinjauan ke atas madrasah yang tidak diiktiraf di negeri berkenaan selepas menghadiri acara yang dianjurkan oleh Mahasabha Hindu di Aligarh.

Beliau turut menyifatkan bahawa Aligarh merupakan tempat di mana ‘benih perpecahan India’ disemai sekali gus mendesak agar Universiti Islam Aligarh turut dihancurkan dengan bom.

Superitendan Polis, Kuldeep Singh Gunawat mengatakan bahawa Narsinghanand ditahan di bawah Seksyen 188 (ingkar perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam), Seksyen 295 (perbuatan yang sengaja dan berniat jahat bertujuan untuk menyemarakkan kemarahan perasaan agama), Seksyen 298 (mengucapkan perkataan untuk menyakiti perasaan agama), Seksyen 505 (2) (kenyataan yang membawa kepada kerosakan awam) dan Seksyen 506 (ugutan jenayah) Kanun Keseksaan India.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: