Antarabangsa

India Berhadapan Dengan Keruntuhan Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOLKATA, 03 Julai 2022 – “Krisis terbesar yang India hadapi ketika ini ialah keruntuhan negara,” tegas Amartya Sen, seorang pakar ekonomi India ketika merasmikan pusat penyelidikannya di kawasan Salt Lake Kolkata.

Amartya menyatakan ketakutannya ketika melihat perpecahan yang berlaku di negara itu, terutamanya selepas isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. oleh dua pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP). Beliau menyifatkan situasi India sebagai ‘luar biasa’ setelah kenyataan hina itu dibuat.

“Walaupun India mempunyai budaya bertolak ansur, namun yang diperlukan ketika ini ialah kerjasama antara Hindu dan Muslim,” kata pemenang Nobel itu.

Tambahnya, “Toleransi semata-mata tidak akan cukup untuk menangani semua ini.”

Menurut Times of India, beliau menjelaskan bahawa India bukanlah sebuah negara yang hanya mewakili budaya Hindu, tetapi budaya Islam juga merupakan sebahagian daripada sejarah negara tersebut.

“Saya tak rasa Hindu berhak menerima kredit untuk Taj Mahal,” ujarnya.

Amartya turut menekankan kepentingan peranan badan kehakiman dalam sistem demokrasi negara.

“Menakutkan apabila pihak kehakiman India sering mengabaikan kesan bahaya perpecahan. Untuk menjamin masa hadapan, negara perlu ada keseimbangan antara badan kehakiman, badan perundangan dan birokrasi, namun ini yang tiada di India,” tegasnya.

Samudera.my sebelum ini melaporkan mengenai keganasan yang berlaku terhadap beberapa tokoh Islam India yang didakwa terlibat dalam protes membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: