Antarabangsa

Rogol Muslimah Hamil: 11 Pelampau Hindu Dibebaskan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GUJERAT, 17 Ogos 2022 – “11 orang tertuduh yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan merogol dan membunuh 7 ahli keluarga #BilkisBano keluar dari penjara kecil Godhra hari ini. Kerajaan Gujerat membenarkan pembebasan mereka di bawah dasar remisinya,” kata wartawan The Quint, Himanshi Dahiya.

“11 lelaki yang disabitkan atas kesalahan beramai-ramai merogol Bilkis Bano pada masa itu yang berusia 21 tahun dan membunuh 7 ahli keluarganya dibebaskan. Jika mereka berkeliaran di kampung yang sama dengan Bilkis, adakah dia akan dapat menjalani kehidupan seperti biasa? Adakah ini ‘keadilan’? #BilkisBano,” luah kolumnis, Rajdeep Sardesai.

Manakala seorang profesor, Ashok Swain pula berkata, “11 orang lelaki ini yang disambut dengan manisan sebenarnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah atas kesalahan rogol beramai-ramai seorang Muslimah yang sedang hamil, Bilkis Bano sewaktu rusuhan Gujerat. Mereka juga membunuh 7 orang ahli keluarganya termasuk anak perempuannnya yang berusia 3 tahun. Tetapi mereka telah dibebaskan.”

Ini antara antara luahan dan kekecewaan yang dinyatakan oleh dunia berikutan berita pembebasan 11 orang pelampau Hindu yang dipenjarakan atas kesalahan merogol seorang ibu muda dan membunuh tujuh orang ahli keluarganya termasuk anak kecilnya yang ketika itu baru berusia 3 tahun.

Kesemua pesalah tersebut disabitkan hukuman atas kesalahan itu pada awal 2008 dan dibebaskan dari penjara di Panchmahals di negeri barat Gujarat Isnin lalu, ketika India meraikan ulang tahun ke- 75 kemerdekaan sejak berakhirnya pemerintahan British.

Sebuah rakaman video yang tular menunjukkan seorang lelaki memberikan manisan kepada pelampau-pelampau Hindu tersebut di luar penjara. Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga dilihat menyentuh kaki setiap seorang dari mereka sebagai tanda hormat.

“Kami kehilangan keluarga dan ingin hidup aman, tetapi tiba-tiba ini berlaku,” kata suami Bilkis Bano, Yakub Rasul.

“Kami tidak mempunyai maklumat awal mengenai pembebasan mereka, sama ada daripada mahkamah atau kerajaan. Kami hanya mengetahuinya daripada media,” katanya lagi.

Bilkis Bano dirogol beramai-ramai oleh pelampau Hindu pada 3 Mac 2002 dalam peristiwa rusuhan Gujerat. Muslimah itu sedang hamil 5 bulan pada waktu kejadian.

“Saya saksikan bagaimana seorang wanita hamil dirogol saat beliau sedang meneran bagi melahirkan anak. Walaupun dirogol ketika melahirkan – beliau melahirkan seorang bayi yang hidup – tetapi mereka kerat dua bayi itu hidup-hidup juga,” kata seorang saksi yang juga mangsa rusuhan agama itu.

Perdana Menteri India, Narendra Modi dilaporkan terlibat dalam rancangan mencetuskan pembunuhan besar-besaran umat Islam ketika itu, sewaktu beliau menjawat jawatan Ketua Menteri Gujerat.

Beliau dikatakan telah menggunakan jentera kerajaan dan jabatan polis negeri untuk tujuan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: