Tempatan

Malaysia Disenaraikan Negara Ke-18 Paling Bahaya Untuk Dilawati – Syarikat Insurans AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

ISNIN, 05 Disember 2022 – Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang ke-18 paling bahaya untuk dilawati. Senarai tersebut telah dikeluarkan oleh sebuah kumpulan yang menjalankan kajian mengenai insurans, The Swiftest.

Senarai yang bertajuk “The Deadliest (& Safest) Travel Destinations In 2022” itu turut menyatakan bahawa negara yang paling berbahaya untuk dilawati adalah Afrika Selatan, manakala negara yang paling tidak berbahaya pula adalah Singapura.

Antara kriteria yang digunakan oleh The Swiftiest bagi menentukan tahap bahaya sesuatu negara tersebut adalah jumlah kes pembunuhan, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya, jumlah kematian akibat keracunan serta jumlah kematian berikutan keadaan kebersihan yang rendah.

Senarai tersebut telah menyatakan bahawa Malaysia berada pada penilaian B- bagi jumlah kes pembunuhan, nilai F bagi kes kematian akibat kemalangan jalan raya serta nilai C bagi kematian yang disebabkan oleh keracunan.

Manakala bagi kematian disebabkan keadaan kebersihan yang rendah di Malaysia pula dinilai dengan B+.

Indeks keselamatan pelancongan yang dikeluarkan oleh pihak yang sama kemudiannya menyatakan bahawa Malaysia dinilai dengan D+, di mana nilai yang sama turut diberikan kepada Kyrzyzstan dan Uzbekistan.

Data yang digunakan oleh kumpulan tersebut dalam mengeluarkan senarai terbabit adalah diambil daripada laman web beberapa badan dunia seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bank Dunia dan beberapa pertubuhan lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: