Malaysia Dan Indonesia Bakal Beli Dron Bersenjata Turkiye
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
TOKYO, 27 September 2022 – Malaysia dan Indonesia menunjukkan minat mendalam untuk membeli dron bersenjata daripada firma pertahanan Turkiye, Baykar, lapor agensi media antarabangsa.
Menerusi satu kenyataan dalam sidang media di Tokyo, Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu berkata, “Banyak negara Asia, khususnya Malaysia dan Indonesia menunjukkan minat yang tinggi terhadap produk industri pertahanan kita. Perjanjian sedang ditandatangani.”
Beliau yang turut menghadiri majlis pengebumian bekas Perdana Menteri Shinzo Abe, mengatakan bahawa Turkiye amat berbesar hati memenuhi keperluan Jepun untuk dron.
Permintaan antarabangsa dron Turki juga telah melonjak selepas kesannya terhadap konflik di Syria, Ukraine dan juga Libya.
Pada 21 September lalu, firma Baykar telah menghantar 20 dron bersenjata ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika negara Teluk lain berusaha menentang Iran.