Tempatan

Malaysia Jauh Lebih Baik Dari Indonesia – Noor Azlan Ghazali

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2022 – “Sangat jelas penilaian dunia terhadap Malaysia adalah jauh lebih baik dari Indonesia!” berikut merupakan penilaian Noor Azlan Ghazali, pakar ekonomi berikutan isu sama ada prestasi Indonesia lebih baik berbanding Malaysia atau sebaliknya.

Menurut hantaran beliau di laman Facebook, beliau mengulas tentang ‘perdebatan’ sama ada prestasi Malaysia kian merudum berbanding negara Jiran, Indonesia.

“Selalu dipaparkan ekonomi Indonesia semakin baik dari Malaysia. Bagus mempunyai negara jiran yang hebat. Menjadi cabaran buat Malaysia,” ujar beliau.

“Malaysia seolah jauh lebih suka memburukkan negara sendiri. Hilang keyakinan dan merasakan Malaysia semakin merudum dalam banyak konteks,” ulasnya mengenai isu berkenaan.

Beliau kemudiannya mempersoalkan sama ada Malaysia mempunyai asas untuk kembali melonjakkan ekonomi negara berbanding negara jiran.

“Saya semak penilaian dunia utama yang terkini terhadap kita. Berdasarkan beberapa indeks penilaian utama dunia, jawapannya YA!” jawab beliau.

Menurutnya, Malaysia menunjukkan indeks yang lebih baik berbanding Indonesia dalam beberapa penilaian, seperti penilaian daya saing global di mana Malaysia menduduki tangga ke-32 berbanding Indonesia di tangga ke-44.

Complexity Index 2022: Kecanggihan ekonomi untuk mengaplikasi tekologi Malaysia (24) jauh lebih tinggi dari Indonesia (67),” tambahnya lagi.

Beliau turut mendedahkan beberapa penilaian lain yang menunjukkan prestasi lebih baik Malaysia berbanding Indonesia, seperti dalam OECD PISA Score, Global Innovation Index 2021, Global Food Security Index 2021, dan Corruption Perception Index 2021.

Beliau kemudiannya mengetengahkan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang seolah-olah “membenci negara sendiri” di mana beliau menyifatkan sikap tersebut sebagai “terperangkap dengan serangan persepsi yang memburukkan negara sendiri”.

“Bangun rakyat Malaysia. Kita ada kekuatan. Ini negara kita. Yakin dengan keupayaan kita. Kalau dunia menilai kita lebih baik, walaupun bukan terbaik di dunia, kita mempunyai asas yang kuat,” tegas beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button