Antarabangsa

Pemerintahan Putera Saudi Berlandaskan Kezaliman dan Kekejaman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AHAD, 24 Julai 2022 – Sebuah pertubuhan hak asasi manusia, Raise The Voices telah mengatakan bahawa pemerintahan Arab Saudi di bawah Putera Mahkotanya, Putera Mohammed bin Salman (MBS) adalah pemerintahan berlandaskan kezaliman dan kekejaman, lapor Saudi Leaks.

Katanya, Arab Saudi mempunyai rekod teruk dalam isu hak asasi manusia apabila wartawan yang menulis mengenai perkara tersebut dan isu rasuah sering ditahan dan diseksa semasa berada di dalam penjara. Ahli keluarga penentang yang menetap di luar negara juga sering menjadi sasaran.

Tambah pertubuhan itu, “Tidak lama selepas Mohammed bin Salman menjadi Putera Mahkota, beliau telah menyingkirkan perkhidmatan keselamatan dan perisikan negara, serta menyasarkan pengkritik pemerintahannya.”

Menurut Raise The Voices, sejak Jamal Khashoggi, wartawan Arab Saudi dibunuh pada tahun 2018, isu penderaan di Arab Saudi mula mendapat perhatian yang lebih besar.

Pertubuhan itu memaklumkan bahawa wartawan Arab Saudi, Turki Al-Jasser yang didakwa menggerakkan sebuah akaun Twitter membongkarkan kes rasuah dalam Keluarga Diraja Saudi, telah ditangkap sejak 15 Mac 2018.

Penahanannya tidak didakwa dengan sebarang tuduhan atau dijatuhkan dengan hukuman rasmi. Lokasi tahanan dan keadaan kesihatannya juga tidak diketahui.

Ujar organisasi itu, dua warga Saudi yang menjadi mangsa kehilangan secara paksa pula ialah Shaima Albugamy dan Abdulrahman al-Sadhan.

Pada Mac 2018, anggota Bulan Sabit Merah, Abdulrahman al-Sadhan menjadi mangsa kehilangan secara paksa oleh kerajaan Arab Saudi. Abdulrahman dituduh mengkritik penindasan yang dibuat rejim Saudi dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun, diikuti larangan perjalanan selama 20 tahun.

Shaima Albugamy pula menjadi mangsa hilang secara paksa pada April tahun ini selepas melarikan diri daripada keluarganya akibat penderaan fizikal dan psikologi yang berterusan selama bertahun-tahun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: