Tempatan

Tempoh Moratorium Akan Dilanjutkan – Tan Sri Muhyidddin Yassin

KUALA LUMPUR – Dalam perutusan Pakej Bantuan Khas hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan tempoh moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman

“Semasa tempoh pelaksanaan PKP ini, saya ingin menekankan bahawa bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan.”

“Moratorium, termasuk lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank, seperti yang diumumkan sebelum ini.”

Inisiatif ini juga merangkumi mereka yang berada di negeri-negeri dilanda banjir

“Bagi negeri-negeri yang dilanda banjir, 15 buah bank juga telah pun menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman.”

Selain itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengingatkan kepada semua pemohon untuk menghubungi Bank Negara Malaysia serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sekiranya mereka berdepan dengan kesukaran berurusan dengan bank.

“Bagi peminjam yang menghadapi kesukaran berurusan dengan bank mereka, Bank Negara Malaysia serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, atau AKPK, bersedia untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada anda melalui telefon atau secara dalam talian.”

Malah, Perdana Menteri Malaysia juga memberi jaminan, rakyat hanya perlu menghubungi bank jika mereka memerlukan fleksibiliti pembayaran.

“Setakat ini, lebih 1.3 juta peminjam telah memohon dan menerima bantuan pembayaran, dengan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus bagi peminjam individu dan 99 peratus bagi peminjam PKS.”

“Ini membuktikan bahawa rakyat tidak perlu bimbang untuk menghubungi bank jika mereka jika mereka memerlukan fleksibiliti pembayaran.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button