Tempatan

Wanita Warga Malaysia Ketua Jaringan Pengintip Mossad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2022 – Seorang wanita tempatan berusia pertengahan 30-an dipercayai merupakan ketua jaringan pengintip Mossad di Malaysia, lapor berita tempatan.

Wanita itu difahamkan telah dilatih sebagai penyiasat persendirian sebelum direkrut oleh ejen Mossad sebelum 2018, iaitu tahun yang sama ejen Mossad menembak mati Fadi Mohamed al-Batsh, seorang anggota Hamas dan profesor Palestin di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur.

Wanita itu kemudiannya dihantar menjalani latihan di luar negara termasuk di Eropah bagi menguasai seni pengintipan. Sumber mengatakan, wanita itu memperoleh kira-kira RM120,000 bagi tujuan tersebut.

Mengulas lanjut, dalam insiden ragut bulan lalu, wanita itu dipercayai telah menubuhkan pasukan pengawasan untuk mengekori dua lelaki warga Palestin.

Israel menggunakan perkhidmatan wanita itu dan membayarnya sebanyak €2,000 bersamaan hampir RM9,300 sebulan. Dia juga dikatakan mempunyai beberapa orang lelaki tempatan yang bekerja untuknya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: