Terkini

Melayu Sebagai Pengasas, Peribumi & Pembangun Negara Cuba Dinafikan Pihak Tertentu – Tun Mahathir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Julai 2023 – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat golongan yang menafikan bahawa orang Melayu adalah pengasas, peribumi dan pembangun negara ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan menerusi hantaran media sosialnya, di mana dalam hantaran yang sama beliau turut menyuarakan hal berkenaan kandungan Perlembagaan Persekutuan.

BACA JUGA: Isu Menteri Buat ‘Kecoh’ Di KLIA: SPRM ‘Buru’ Ejen

BACA JUGA: PERHATIAN! Fenomena Air Pasang Perbani Berlangsung 4 Hari Ini

BACA JUGA: Kerajaan Tanggung 4,000 Lesen PSV Kepada Yang Layak

Beliau dalam kenyataan yang sama telah berhujah bahawa tindakan mempromosikan Malaysia yang berbilang kaum adalah sebenarnya melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Justeru beliau selanjutnya mempersoalkan apakah Kerajaan kini sedang melanggar undang-undang termasuk perlanggaran Perlembagaan Persekutuan yang mana dokumen tertinggi tersebut sama sekali tidak menyebut Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa bahkan menekankan tentang kemelayuan negara Malaysia.

Menurut Tun Mahathir, Kerajaan hari ini mendakwa bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokratik. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat kebebasan menyuarakan pendapat, justeru beliau mempersoalkan adakah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan itu merupakan satu kesalahan.

Dalam hantaran yang sama Tun Mahathir turut menulis berkenaan kedudukan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mana jika DAP menarik sokongan terhadap beliau, maka Kerajaan pimpinan Anwar akan runtuh.

Ujar Tun Mahathir lagi, justeru Anwar mesti mematuhi manifesto DAP khususnya dalam menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan menukarkan agama rasmi negara iaitu Islam dengan status sekular tanpa sebarang agama rasmi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: