Tempatan

“Kami OKU Dah Lama Dapat Alasan Lif Rosak Dari RapidKL”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Januari 2022 – Kecewa. Itu yang boleh disimpulkan daripada luahan seorang netizen OKU dalam ciapannya kepada RapidKL berkenaan masalah lif rosak yang masih tidak dibaiki hingga ke saat ini.

Isu ini bermula selepas seorang netizen bertanya soalan menerusi Twitter kepada pihak RapidKL di mana tempat pertukaran stesen berikutan penutupan sementara waktu beberapa stesen perkhidmatan LRT, MRT yang terpilih dan kesemua stesen Monorel pada Sabtu, 22 Januari 2022.

Balasan-balasan berikutnya menunjukkan netizen tidak senang dengan cara admin RapidKL menjawab soalan.

Salah seorang daripada netizen kemudiannya bertanyakan mengenai keadaan lif rosak di salah sebuah stesen, namun tidak diketahui di mana kerana ciapannya telah dipadam.

Kerana itulah Yana Karim menegaskan kepada pihak RapidKL bahawa lif di salah sebuah stesen tersebut sudah lama rosak dan mereka, terutamanya OKU fizikal sudah lama mendapat alasan sedemikian daripada staf dan admin Rapid.

“Maaf tau. Maaf ye.”

“Dah lama dah lif tu rosak.”

“Kami OKU fizikal terutamanya dah lama dapat alasan begini dari staf dan admin Rapid. Baru rasa sekali di hujung minggu. Cubalah anda rasa semasa hendak ke tempat kerja, ke universiti, ke urusan peribadi, kesihatan, …”

RapidKL kemudiannya dilihat membalas ciapan tersebut dengan jawapan, “Yeah, masing2 ada department tersendiri. Lift yang rosak di stesen memang telah diambil maklum oleh pihak operasi. Untuk makluman, alat gantian untuk lift di semua stesen adalah barang buatan luar negara.”

Jawapan ini membuatkan netizen berang dan panas hati di samping mempersoalkan barang gantian jenama apa yang digunakan sehingga mengambil masa bertahun untuk mendapatkannya.

“Spare part brand apa tu? Most lift installer brand Kone, Eita-Schneider, MS etc ada company kat Malaysia. Procurement lift or sparepart pun usually 3 4 bulan je. Bukan makan masa bertahun,” kata @lagrandchose.

@LocoCoco80 pula berkata, “LOL! Dah la LRT service macam sial, customer service macam ni je?”

Sebelum ini RapidKL pernah dipertikai dan dipersoal selepas eskalator berhampiran dengan LRT Sri Rampai masih tidak dibaiki walaupun lima tahun sudah berlalu sejak dari pengguna mengemukakan aduannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: