Tempatan

Lebih Separuh Premis Awam Tidak Mencapai Standard Mesra OKU – KPWKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 09 Ogos 2023 – Lebih separuh premis awam yang telah dilaksanakan audit akses tidak mencapai standard aksesibiliti golongan Orang Kurang Upaya (OKU), menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Lapor kementerian itu dalam sebuah siaran media, KAED Universal Design Unit (KUDU), Kuliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa telah melaksanakan Kajian Audit Akses dari tahun 2011 hingga 2022 terhadap 195 buah premis melibatkan premis awam, komersial, institusi, keagamaan, taman rekreasi, kemudahan luar, pengangkutan dan fasiliti kesihatan.

“Daripada jumlah ini, 13 buah premis telah diberikan penarafan lima (5) bintang. Manakala 40 buah premis mendapat penarafan empat (4) bintang, 89 buah premis mendapat penarafan tiga (3) bintang, dan selebihnya sebanyak 48 buah premis mendapat penarafan dua (2) bintang. Hanya lima (5) buah premis mendapat penarafan satu (1) bintang.”

BACA JUGA: Curi Air, Kilang Besi Berdepan Denda Dan Hukuman Penjara

BACA JUGA: Hina Nabi Muhammad: Pakistan Perketat Hukuman, Maksimum Penjara Seumur Hidup

BACA JUGA: ‘Konsert LGBT’: The 1975 Diberi Notis Tuntutan Bayar RM12.3 Juta Dalam 7 Hari – Peguam

Hasil kajian mendapati premis-premis berkenaan kurang papan tanda dan tunjuk arah yang menyukarkan OKU mencari kemudahan, ketiadaan ramp bagi kegunaan OKU berkerusi roda dan laluan pejalan kaki yang rosak.

Selain itu, terdapat juga tempat letak kereta OKU yang tidak mengikut spesifikasi MS1184, tiada papan tanda berdiri di tempat letak OKU, tandas OKU yang agak kecil beserta kedudukan cermin yang terlalu tinggi dan tidak mengikut spesifikasi.

Mengulas lanjut, pihak Kementerian juga menyebut berkenaan ‘refuge area’ yang tidak disediakan di kawasan lif, lif yang tidak mempunyai tulisan braille dan sistem hantaran suara serta lokasi tactile bagi OKU penglihatan yang tidak sesuai dan terlalu banyak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: