Tempatan

Bakal Ustazah Muda Berkorban Jaga Anak-Anak Yatim Piatu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 01 November 2021 – Kehilangan kedua-dua ibu bapa bukanlah perkara yang mudah untuk kita terima, inikan pula jika usia masih kecil dan belum puas merasa kasih sayang.

Inilah yang berlaku kepada anak-anak saudara Siti Najikhah Md Hamin yang berusia 5 hingga 15 tahun, yang menjadi yatim piatu dan terpaksa bergantung kasih dengan ibu saudara mereka.

Siti Najikhah, penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam menggalas tanggungjawab menjaga empat orang anak abang dan kakak ipar beliau selepas kedua-dua mereka meninggal tahun lalu akibat barah.

Bukan itu sahaja, lebih tragis apabila tonggak kekuatannya, bapanya, Md Hamin Taha meninggal dunia Mac lalu dan terbaharu ibunya, Martini Saleh pula menyusul minggu lalu.

Buat masa ini, tanggungjawab menjaga amanah abang dan kakak iparnya itu dikongsi bersama keluarga kakak iparnya sehinggalah beliau menghabiskan pelajarannya.

“Masa arwah emak dan ayah ada dahulu, saya diamanahkan untuk jaga mereka. Mereka perlukan kasih sayang keluarga. Setakat ini untuk anak saudara yang tiga orang itu tidak ada masalah kewangan kerana arwah abang dan kakak ipar ada pencen dan ia cukup untuk mereka,” ujar Siti yang mesra dipanggil Acik.

Difahamkan, beliau sekarang menjaga seorang anak buahnya iaitu Nur Aliya. Manakala tiga lagi anak saudaranya di mana salah seorang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memerlukan rawatan rapi dijaga oleh keluarga kakak iparnya bersama dua lagi adiknya.

Tambah Siti, ada masa beliau berasa tertekan tambahan kini beliau berada di tahun akhir. Namun, beliau seorang yang tidak mudah berputus asa.

“Jadi saya mohon kepada semua, doakan saya kuat dan dipermudahkan urusan untuk menjaga amanah ini,” katanya.

Pengorbanan bakal ustazah muda ini sangat menarik perhatian penulis kerana beliau hanya berusia 22 tahun tetapi sangat cekal dan sanggup menghabiskan masa mudanya menjaga anak-anak buah yang masih kecil.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada anak-anak yatim piatu ini boleh memberi sumbangan ke akaun Bank Islam milik Siti Najikhah, 12056022858675.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: