Tempatan

Warga Emas Terpaksa Daki Tangga, Netizen Desak Baiki Eskalator MRT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 06 Julai 2022 – Seorang pengguna laman media sosial Twitter mendesak supaya sebuah eskalator MRT yang terletak di Kajang dibaiki.

Berdasarkan video yang dikongsikan dalam ciapan tersebut, ibunya yang merupakan seorang warga emas terpaksa menuruni tangga dengan bantuan tongkat gara-gara eskalator yang masih belum dibaiki.

“Dear @AskRapidKL , @MRTMalaysia . Kami mohon jasa baik anda untuk baiki dengan segera eskalator. Terutama di bahagian yang tiada lift ( di Pintu B Std. Kajang).”

“Saya gembira bawak mak saya jalan-jalan dari Kampung Batu sampai Kajang… tapi sedih tau tengok warga emas terpaksa ‘mendaki’ lebih 40 steps,” ujar beliau.

Ciapan tersebut adalah merupakan untaian daripada ciapan-ciapan sebelumnya di mana pengguna perkhidmatan awam berkongsikan gambar sebuah eskalator yang tertampal notis rosak, dan dijangka akan siap dibaiki selewat September 2022 ini.

“Kemudahan ini diberhentikan sementara kerana kerja membaik pulih dan dijangka siap pada 30 September 2022,” berikut merupakan kenyataan pada notis tersebut.

Hal ini mendapat perhatian pengguna internet yang lain, di mana seorang pengguna menyatakan:

“Awalnya ‘kemudahan awam’ tapi dah jadi ‘kesusahan’ pulak.”

Seorang pengguna lain pula menyuarakan pendapatnya tentang khidmat ‘after service’ di Malaysia yang dianggap teruk.

After service di Malaysia memang out!!” tegasnya.

“Inilah jadi apabila kemudahan awam jadi modal untuk bermegah-megah,” ujar pengguna yang lain pula.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: