Antarabangsa

Vaksin Ciptaan Tentera Amerika Pula Untuk Kebaikan Seluruh Umat Manusia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 25 Januari 2022 – Kemunculan varian Omicron dan peningkatan mendadak kes jangkitan wabak Covid-19 telah memberi definasi baru kepada makna “vaksinasi lengkap”.

Ramai pakar kini sedang membicarakan akan kemungkinan untuk mewujudkan suntikan penggalak secara tahunan atau pun vaksin baru yang bersesuaian bagi setiap varian mengancam baharu yang muncul.

Bagaimana jika wujud vaksin coronavirus yang bersifat menyeluruh, boleh meningkatkan ketahanan tubuh badan kita sehingga dapat mencegah jangkitan Omicron dan semua varian baru Covid-19 yang akan datang?

Tentera Amerika sudah pun membuat pengumuman untuk kemunculan vaksin sebegitu ciptaan mereka, vaksin SpFN!

Dr Kayvon Modjarrad, Pengarah Penyakit Berjangkit di Walter Reed Army Institute of Research (WRAIR) merangkap pencipta bersama vaksin SpFN berkata, “Kami sudah pun mencuba vaksin kami ke atas kesemua varian yang berbeza, termasuk Omicron.”

Omicron adalah merupakan varian yang paling cepat merebak setakat ini, mampu menjangkitkan walaupun ke atas mereka yang sudah pun mendapatkan suntikan-suntikan penggalak.

Dr Modjarrad berkata, “SpFN masih perlu melalui ujikaji Fasa 2 dan 3 ke atas manusia untuk menguji keberkesanan dan keselamatannya berbanding rawatan yang sedia ada sekarang.”

Selain dikatakan pertahanannya lebih berkesan dan menyeluruh, SpFN juga tidak memerlukan kaedah penyimpanan dan pengendalian yang rumit sepertimana vaksin-vaksin yang sedia ada.

Jika mahu simpan SpFN dalam keadaan suhu bilik sahaja pun boleh berbanding dengan Pfizer yang memerlukan suhu simpanan sejuk melampau sehingga -70 darjah Celsius!

Kemunculan vaksin sebegini adalah bersesuaian dengan citarasa Dr Anthony Fauci, Ketua Penasihat Perubatan White House yang mahukan kewujudan vaksin Covid yang bersifat universal bagi memberi ketahanan tubuh ke atas semua jenis varian Covid.

“Kami mahu vaksin bagi kesemua coronavirus supaya kamu boleh gunakannya sebagai respon untuk pandemik virus yang berikutnya,” Dr Fauci berkata. “Akhirnya, kamu mahu dapatkan vaksin yang meliputi segala-galanya.”

Leave a Reply

Back to top button