PEMBERITAHUAN: 16 Stesen LRT Tidak Beroperasi 9-15 November Ini
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 09 November 2022 – Rapid KL telah mengeluarkan notis bahawa terdapat gangguan dalam perkhidmatan LRT dan mengakibatkan 16 stesen LRT tidak akan beroperasi bermula 9 November hingga 15 November ini.
Stesen yang terlibat adalah:
1. Kelana Jaya
2. Taman Bahagia
3. Taman Paramount
4. Asia Jaya
5. Taman Jaya
6. Universiti
7. Kerinchi
8. Bangsar
9. Abdullah Hukum
10. KL Sentral
11. Pasar Seni
12. Masjid Jamek
13. Dang Wangi
14. Kampung Baru
15. KLCC
16. Ampang Park
Menurut myrapid menerusi laman rasminya, gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang telah bermula sejak Sabtu, 5 November lalu adalah berpunca daripada Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang tidak stabil.
Isu berkenaan telah pun berjaya diselesaikan pada awal pagi 6 November namun masalah yang sama telah berulang kembali pada 7 November.
Walau bagaimanapun, Rapid KL telah menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma untuk laluan Kelana Jaya dan penumpang disarankan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut bagi mengurangkan kesesakan di stesen LRT Laluan Kelana Jaya.
1/2 Kemaskini Laluan Kelana Jaya: Penumpang disarankan untuk menaiki bas perantara percuma yang disediakan. Untuk mengesan lokasi bas, sila klik pautan di bawah.
1. CH01 LRT Ara Damansara ~ Pasar Seni https://t.co/NxwQFWZ0j4
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 8, 2022
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 8, 2022
Susulan insiden ini, terdapat rakaman video menunjukkan ramai penumpang yang ‘tersidai’ sewaktu menunggu perkhidmatan pengangkutan awam ini yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial Twitter sambil meluahkan kekecewaan mereka.
Bodoh punya Rapid KL pic.twitter.com/XONQIVXjqZ
— Rizal • (@mr_jekfer) November 9, 2022
Dh setengah jam. Tunggu bas yang tak kunjung tiba. Terima kasih rapidkl pic.twitter.com/0B3GgM3WNG
— njwznl (@nrjwznl) November 8, 2022
#RapidKL
Here’s lrt kerinchi view. Before flood, our citizen already homeless. pic.twitter.com/07blcfRWCp— Chong YJ (@MrBrokenspells) November 8, 2022