Tempatan

KLCC Tutup Eskalator Berdekatan LRT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 September 2022 – “Berikutan aduan awam yang banyak diterima, pihak KLCC telah tutup terus eskalator berdekatan LRT. Sekian laporan.”

Ini merupakan kenyataan dibuat oleh laman Twitter KLCC Elevators selepas eskalator tersebut sentiasa mengalami kerosakan dan tidak berfungsi.

Namun jawapan ini mengundang kritikan dari pengguna media sosial lain yang menegaskan bahawa penutupan itu akan lebih membawa kesesakan di kawasan tersebut.

“Lagi jem otak lahhhh kat sini berzaman eskalator tu rosak tak repair. Sakit hati je tengok,” kata @Shaaalattas.

“Hmmm makin sesak la situ haih penat ya duduk Malaysia ni nak naik kenderaan awam tu macam makin susah,” kata @bellsafespace pula.

Walau bagaimanapun, KLCC Elevators menyatakan bahawa penutupan itu adalah untuk kerja-kerja pembaikian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: