Tempatan

Ribuan Terkandas MRT Kajang, RapidKL Belum Kenal Pasti Masalah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KAJANG, 05 Januari 2022 – Pengguna-pengguna MRT Laluan Kajang meluahkan kemarahan mereka terhadap RapidKL selepas mereka terkandas berjam-jam lamanya di dalam MRT berikutan masalah teknikal pengangkutan awam itu.

Menurut komen-komen di laman sosial, mereka bukan sahaja marah terhadap perkhidmatan MRT, tetapi juga berang dengan pengumuman yang hanya memaklumkan terdapat kesesakan berlaku.

Salah seorang pengguna yang terkesan berkata, “@AskRapidKL ini adalah satu servis yang teruk. Selepas terkandas di dalam tren MRT lebih daripada sejam dengan janji-janji palsu servis tren akan kembali normal, pengguna-pengguna hanya dimaklumkan mereka perlu bertolak dari Stesen Semantan yang sememangnya sudah sesak.

Seorang lagi pengguna berkata, “MRT sesak dan penuh seperti sardin, berhenti lebih dari 10 minit di setiap stesen dan pengumuman yang teruk – Hanya maklumkan ada kesesakan. Sekarang semua orang lewat ke tempat kerja.”

Zamir Catz menyatakan, “Ni paling lama sangkut dlm MRT. 2 jam Bukit Dukung – Pasar Seni.”

RapidKL telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas kesulitan yang dialami pengguna akibat kelewatan jadual perjalanan berikutan masalah teknikal yang berlaku di Stesen MRT Phileo Damansara.

“Rapid Rail Sdn Bhd selaku operator kepada perkhidmatan MRT Laluan Kajang ingin memohon maaf di atas kesulitan yang dialami pengguna akibat kelewatan jadual perjalanan berikutan masalah teknikal yang berlaku di Stesen MRT Phileo Damansara.”

“Hal ini berpunca daripada salah sebuah tren yang bernombor 22 telah mengalami masalah teknikal ketika menghampiri stesen berkenaan.”

Tambah RapidKL, kerja-kerja mengenal pasti masalah sedang dijalankan dan pengguna diminta untuk mengikut status terkini perkhidmatan MRT menerusi platform media RapiKL.

“Kerja-kerja mengenal pasti masalah sedang giat dijalankan oleh pasukan teknikal Rapid Rail. Fokus pihak operasi adalah untuk memastikan pengguna dapat meneruskan perjalanan ke tempat kerja dengan selamat.”

“Pelan servis alternatif akan terus diaktifkan sehingga perkhidmatan kembali normal.”

“Pengguna diminta untuk mengikut status terkini perkhidmatan MRT menerusi platform media sosial Rapid KL bagi mendapatkan maklumat terkini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: