NGO

PRU-15: Kerajaan Baru Perlu Perhalusi Kontrak MRT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) telah meneliti beberapa dokumen yang kami percaya adalah laporan siasatan rasmi Kementerian Kewangan yang dilakukan oleh jururunding yang dilantik, berkenaan projek MRT 1, Jajaran Sg. Buloh – Kajang dan MRT 2, Jajaran Sg. Buloh – Serdang – Putrajaya.

Antara dokumen yang kami miliki ini bertarikh seawal 2011 yang mempunyai perincian teknikal laporan kebolehlaksanakan dan juga laporan berkenaan MRT2.

MTEM, berasa gusar dan terkejut dengan kandungannya.

1. “Project Delivery Partner” (PDP) dilantik oleh Syarikat Milik Kementarian Kewangan untuk sepatutnya memastikan keseluruhan projek disiapkan dalam anggaran dan tepat pada masanya.

Walau bagaimanapun, dokumen yang telah kami saksikan menunjukkan sebaliknya di mana laporan yang telah dikomisyen oleh Kementerian Kewangan menunjukkan terdapat peningkatan kos yang luar biasa yang sangat ketara dan melibatkan sejumlah dana awam yang besar.

2. MTEM berharap Kerajaan baru yang akan dipilih dapat memberi maklum balas jika adakah kandungan dalam kandungan laporan ini benar. Mantan Perdana Menteri, DS Najib pernah menyatakan dalam Parlimen di dalam Pembentangan Belanjawan bahawa MRT akan menelan belanja sebanyak RM40 bilion. Hari ini, melalui pelbagai sumber awam, kos telah pun mencapai RM140 bilion. Ini satu kos “overrun” yang luar biasa apatah lagi bilangan pengguna MRT 1 baru mencecah 1/3 daripada yang dijangka.

3. Oleh itu MTEM menyeru pihak berwajib iaitu Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan yang terperinci agar tindakan oleh PDP yang dilantik Syarikat Milik Kerajaan berhubung projek MRT 1 dan MRT 2. Perlu kajian sekiranya ketirisan dalam projek mega seperti mempunyai kaitan dengan pendanaan politik atau pun sebaliknya.

4. Memandangkan tender MRT 3 akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, MTEM juga menuntut agar penyertaan beberapa PDP digantung daripada terlibat dalam MRT 3 sementara siasatan belum diselesaikan. Kita tidak mahu kesilapan sama berulang dalam MRT 3 di mana kerugian yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dan rakyat akan mencapai lebih daripada RM1 bilion, sekali gus menafikan wang itu digunakan untuk projek-projek seperti hospital, pembaikan atau rumah mampu milik untuk rakyat.

Sekian Terima Kasih.

Abdul Halim Husin
Pengerusi
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: