Tempatan

5 Tahun Tunggu Spare Part Eskalator LRT Sri Rampai

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 14 November 2021 – “Dah 5 tahun aku tunggu (tweet asal ni exactly 5 tahun lepas), dah 3 kali tukar kerajaan, escalator ni dari 2016 tak dapat spare part lagi?” kata seorang pengguna laman sosial Twitter, Muzamil Idris.

Pada tanggal 9 November 2016, Muzamil Idris memaklumkan kepada Rapid KL, penyedia pengangkutan awam Lembah Klang mengenai kerosakan eskalator yang berlaku di LRT Sri Rampai, Wangsa Maju Kuala Lumpur.

Screenshot_2021-11-13-23-53-20-56_0b2fce7a16bf2b728d6ffa28c8d60efb-171x300.jpg

Akaun Twitter @AskRapidKL telah memberi respon yang baik pada waktu itu dengan mengatakan bahawa mereka sedang menunggu alat ganti untuk memperbaiki eskalator berkenan.

Screenshot_2021-11-13-23-55-15-79_0b2fce7a16bf2b728d6ffa28c8d60efb-274x300.jpg

Malangnya, selepas lima tahun berlalu masalah kerosakan eskalator tersebut masih belum dibaiki oleh pihak Rapid KL dan ia mula membangkitkan kemarahan Muzamil Idris dan orang awam di Twitter.

“Jadi lima tahun lalu, adakah alat ganti yang diarahkan itu menipu atau tersalah pesan?” balas seorang lagi pengguna Twitter, @yvyvivy dalam bebenang berkenaan.

Setelah mendapat kecaman, @AskRapidKL kembali tampil membela diri dengan berkata, “Hi, kami memohon maaf di atas kekhilafan maklum balas tweet yang terdahulu. Selepas semakan semula dibuat, kami ingin memaklumkan bahawa eskalator ini bukan di bawah selenggaraan Rapid KL. Bersama ini disertakan gambar sebagai rujukan.”

“Kami menyarankan anda mengemukakan aduan kepada pihak DBKL di pautan http://adukl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do. Terima [email protected]_TRAFIK,” tambah @AskRapidKL.

Screenshot_2021-11-14-00-00-20-40_0b2fce7a16bf2b728d6ffa28c8d60efb-174x300.jpg

Kini rakyat masih lagi menanti pihak yang bertanggungjawab untuk segera membaiki eskalator yang rosak tersebut.

Leave a Reply

Back to top button