Tempatan

Hari OKU Sedunia 2022: KTM Tawar Perjalanan Komuter Percuma Buat OKU Sabtu & Ahad Ini

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Disember 2022 – KTM Berhad menawarkan tambang percuma khusus buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi perkhidmatan KTM Komuter di sektor Lembah Klang dan Utara selama dua hari bermula 3 hingga 4 Disember ini sempena Sambutan Hari OKU Sedunia 2022.

Program itu akan bermula pada jam 12.01 tengah malam, 3 Disember sehingga 11.59 malam 4 Disember 2022.

Ia diadakan sebagai tanda penghargaan daripada pihak KTMB kepada golongan OKU atas sokongan mereka kerana menggunakan perkhidmatan tren, khususnya perkhidmatan KTM komuter.

Menurut KTMB, tambang percuma tersebut hanya layak buat golongan OKU beserta seorang pengiring yang mengiringi mereka sahaja.

Namun, tawaran ini hanya sah untuk tiket perjalanan sehala dan dua hala sahaja di mana pas mingguan dan bulanan tidak termasuk dalam tawaran ini.

Tiket ini juga hanya boleh diperolehi di kaunter perkhidmatan KTM Komuter sahaja dan tidak secara atas talian.

Pengguna boleh dapatkan maklumat lanjut menerusi akaun media sosial rasmi KTMB; Facebook (KTM Berhad), Twitter (@ktm_berhad) dan Instagram (ktmbofficial) atau hubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-22671200.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: