Antarabangsa

Jerman Berdepan Kekurangan Tisu Tandas

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERLIN, 29 Ogos 2022 – Rakyat Jerman dikhuatiri akan berdepan dengan krisis kekurangan tisu tandas.

Hal ini berikutan harga pasaran gas Eropah dan Asia yang melonjak hampir ke paras tertinggi, apabila krisis tenaga terburuk dalam beberapa dekad telah meningkatkan persaingan untuk mendapatkan bekalan.

“Kami amat bergantung kepada gas untuk penghasilan kertas tisu. Tanpanya, kami tidak lagi dapat menyediakan jaminan bekalan,” kata Martin Krengel, Pengerusi Persatuan Industri Kertas Negara, Die Papierindustrie.

Menurut data yang disediakan oleh Die Papierindustrie, setiap warga Jerman menggunakan purata 134 gulung kertas tandas setahun.

“Dalam krisis tenaga semasa, keutamaan kami adalah untuk menyediakan orang ramai dengan komoditi penting ini,” tegas Krengel.

Harga gas asli di Eropah ketika ini menunjukkan peningkatan lebih dari 10 kali ganda.

Ini menjejaskan kestabilan ekonomi, melemahkan matawang euro dan meningkatkan tekanan ke atas ahli politik untuk melandaikan kesan inflasi terburuk dalam beberapa dekad.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: