Antarabangsa

AS & Jerman Senada Dengan Pakistan Dalam Isu Kashmir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KASHMIR, 15 Oktober 2022 – Perkembangan terbaru dalam konflik Kashmir menunjukkan penglibatan dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Jerman yang kelihatan menyokong pendirian Pakistan terhadap isu tersebut.

Lapor portal berita antarabangsa, hal ini berdasarkan kenyataan berasingan yang dibuat oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Pakistan, Donald Blome dan juga Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock.

Sokongan AS terhadap Pakistan terzahir ketika Donald Blome mengadakan lawatan mengejut selama tiga hari ke Azad Jammu dan Kashmir (AJK) untuk mempromosikan perkongsian antara AS dan Pakistan.

Semasa berada di Muzaffarabad, ibu negeri Azad Kashmir, Donald berkesempatan melawat beberapa tempat yang merupakan simbol kekayaan budaya dan sejarah Pakistan seperti Taman Jalalabad dan Kota Merah. Lawatan tersebut adalah satu lagi tanda penerimaan AS terhadap pendirian Islamabad dalam isu Kashmir.

Selain itu, Donald juga bertemu dengan pegawai tentera Pakistan yang ditempatkan di Kashmir bagi membincangkan usaha-usaha untuk membantu masyarakat tempatan. Perkara ini dilihat sebagai suatu yang sangat luar biasa bagi Duta AS membincangkan pelaburan Washington di rantau itu.

Sehubungan itu, beberapa hari selepas lawatan berkenaan diadakan, Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock pula berkata, Jerman mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam isu Kashmir.

Seiring dengan Pakistan, Annalena turut menegaskan bahawa Jerman menyokong penglibatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mencari resolusi aman bagi menyelesaikan isu pertikaian wilayah tersebut.

Bagaimanapun, perkembangan yang berlaku telah mengecewakan India kerana dua sekutu utamanya di Barat secara jelas memperkuatkan naratif Pakistan mengenai wilayah Kashmir.

“Kedua-dua lawatan oleh Blome dan kenyataan Menteri Luar Jerman meletakkan New Delhi dalam pertahanan. Lazimnya, India mempunyai kelebihan dalam isu Kashmir kerana, umumnya, masyarakat antarabangsa cenderung memihak kepada India dan melihat Kashmir sebagai isu yang tidak perlu dimasuk campur,” ujar Michael Kugelman, Pengarah Institut Asia Selatan Wilson Center.

Beliau turut mengatakan bahawa lawatan Donald ke Kashmir harus dilihat sebagai sebuah gambaran hubungan yang stabil antara AS dan Pakistan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: