Tempatan

Gaji Naik Sedikit Di Asia Tenggara Menjelang 2023 – Kajian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 09 Disember 2022 – Kadar gaji di Asia Tenggara diramalkan akan sedikit meningkat bagi tahun 2023 berbanding dengan tahun ini, sebagaimana sebuah kajian yang dijalankan oleh Aon plc.

Perubahan gaji di seluruh rantau Asia Tenggara ini dipengaruhi oleh inflasi beserta penawaran dan permintaan di dalam pasaran, sebagaimana dapatan daripada kaji selidik tersebut. Kajian itu turut menyebutkan bahawa,

“Kadar pergeseran yang tinggi di rantau Asia Tenggara pada tahun 2022 telah memberikan tekanan terhadap firma-firma bagi menggunakan ukuran pampasan bagi tujuan mendapatkan pekerja dan mengekalkan pekerja yang sedia ada: 15.9% di Indonesia, 14.9% di Malaysia, 18% di Filipina, 19.6% di Singapura, 15.4% di Thailand dan 15.2% di Vietnam.”

Kajian tersebut telah dijalankan pada suku ketiga tahun 2022 di mana ianya berkenaan penyelidikan tentang perubahan gaji dan kadar perolehan bagi lebih 700 perusahaan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Rahul Chawla, rakan sekutu Aon dan ketua bagi penyelesaian modal insan di Asia Tenggara menyatakan bahawa walaupun ianya kritikal bagi perniagaan-perniagaan untuk membezakan pembayaran gaji mengikut jenis pekerjaan, mereka hendaklah kekal tangkas dan dalam masa yang sama, memikirkan semula akan prinsip gaji mereka. Katanya,

“Perniagaan-perniagaan hendaklah membentuk strategi-strategi mereka bagi memaju pembayaran gaji dan prestasi jangka panjang dengan membuat perubahan secara berperingkat dalam mengoptimumkan keberkesanan gaji.”

Beliau turut menambah bahawa syarikat-syarikat perlu menggunakan pendekatan terhadap kenaikan gaji pada tahun 2023 di dalam konteks persaingan kadar gaji terkini serta nilai pekerja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: