Antarabangsa

Musibah WW11 Poland Saman Jerman RM 5.2 Trilion

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

POLAND, 03 September 2022 – Warsaw bertindak menyaman Berlin sebanyak RM 5.2 trilion sebagai ganti rugi ke atas kerosakan yang dialami sewaktu Perang Dunia Kedua.

Kerugian tersebut diumumkan oleh Pemimpin Parti Undang dan Keadilan (PiS) negara itu, Jaroslaw Kaczynski, dalam sidang akhbar sempena 83 tahun sejak tercetusnya Perang Dunia Kedua, berdasarkan laporan mengenai kos yang ditanggung Poland semasa Nazi menduduki negara berkenaan.

“Kami bukan sahaja menyediakan laporan tetapi kami juga memutuskan untuk mengambil langkah seterusnya,” kata beliau sewaktu membentangkan laporan berkenaan.

Beliau juga percaya bahawa Jerman mampu untuk membayar saman tersebut biarpun katanya anggaran bayaran itu masih belum muktamad dan berkemungkinan jumlahnya akan meningkat.

Katanya, langkah itu akan memberikan perdamaian sebenar antara Poland dan Jerman.

Pihak Berlin bagaimanapun menyatakan bahawa isu ganti rugi itu telah lama ditutup kerana katanya Poland telah kehilangan ganti rugi sewaktu Poland masih menjadi sebahagian daripada Blok Soviet.

Jelasnya, Berlin telah membayar pampasan kepada ahli blok berkenaan pada tahun-tahun selepas berlakunya peperangan itu manakala wilayah Poland yang hilang turut diberi pampasan dengan beberapa tanah.

Peperangan yang bermula pada 1 September 1939 dahulu telah mengakibatkan kerosakan ke atas kebanyakan industri serta infrastruktur negara berkenaan termasuk 6 juta orang Poland telah dibunuh oleh Nazi Jerman dan pencerobohan Jerman ke atas Poland itu telah membawa kepada bermulanya Perang Dunia Kedua.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: