Antarabangsa

Warga Jerman Guna Wang Simpanan Mendepani Inflasi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERMAN, 24 Ogos 2022 – Rakyat Jerman telah menggunakan simpanan mereka sejak akhir tahun lalu sehingga ke satu tahap, mereka hampir menghabiskan semua simpanan pada akhir suku pertama 2022, menurut Ketua Penyelidikan Ekonomi, Institut Ifo, Timo Wollmershäuser.

Wollmershäuser berkata, rakyat Jerman sebelum ini membuat simpanan kira-kira 70 bilion Euro (RM 312.25) antara April 2020 dan Mac 2021 yang menunjukkan pertambahan simpanan semasa pandemik COVID-19 berbanding keadaan biasa.

Walau bagaimanapun, trend menggunakan wang simpanan oleh rakyat Jerman berterusan sehingga suku kedua, kata Wollmershäuser yang juga memaklumkan bahawa inflasi mungkin menjadi pemangkin utama.

Beliau turut memaklumkan bahawa kadar inflasi yang tinggi, kadar faedah yang meningkat dan ketidaktentuan ekonomi menyumbang kepada penguncupan ekonomi Jerman yang paling tinggi Ogos ini, sejak permulaan wabak COVID-19 pada Mac 2020 lalu.

Selain itu, harga barangan pengguna yang melambung tinggi di Jerman tanpa penghujungnya, menunjukkan bahawa pembelian peribadi oleh rakyatnya akan gagal bertindak sebagai enjin ekonomi di Jerman sepanjang tahun ini.

Dalam pada itu, gaji yang dirundingkan oleh kesatuan sekerja untuk pekerja-pekerja di Jerman tidak meningkat secepat harga barangan pengguna meningkat.

Menurut analisa kesatuan sekerja tersebut, gaji yang dirundingkan oleh kesatuan sekerja meningkat secara purata 2.9% di Jerman, dengan pada masa yang sama harga barangan pengguna meningkat lebih pantas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: