Anggaran GDP Malaysia Bakal Melepasi 5.3-6.3% – Menteri Kewangan
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 13 September 2022 – Anggaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bakal melepasi anggaran rasmi antara 5.3 dan 6.3 peratus tahun ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Hal ini kerana, kata beliau, Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang lebih pantas pada suku kedua iaitu sebanyak 8.9 peratus.
Katanya, Malaysia berkemungkinan akan mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh pada suku ketiga biarpun ekonomi global berada di paras yang lemah serta peningkatan dolar Amerika Syarikat (AS).
“Nombor baharu akan diumumkan pada 7 Oktober ini.”
“Turut penting ialah inflasi Malaysia kini sekitar 2.8 peratus dalam tujuh bulan pertama. Dasar monetari kita kekal akomodatif walaupun Bank Negara Malaysia telah meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus tetapi ia masih rendah daripada sebelum krisis COVID-19 iaitu pada 3.0 peratus hingga 3.25 peratus,” ujarnya dalam Pemulihan dan Ketahanan: Tumpuan Forum Perniagaan ASEAN, semalam.