Antarabangsa

Inflasi Puncak Banyak Hospital Di Jerman Jatuh Bankrap

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERMAN, 18 Oktober 2022 – Menteri Kesihatan Jerman, Karl Lauterbach membuat kenyataan bahawa banyak hospital di negara itu berkemungkinan akan menjadi muflis disebabkan kenaikan mendadak harga bahan api dan ditambah pula dengan masalah inflasi yang turut melanda negara tersebut.

Menurutnya, “Jika kita tidak bertindak segera dan tidak bertindak secara drastik, akan terdapat hospital-hospital yang akan ditutup.”

Beliau mengeluarkan kenyataan demikian pada Ahad lalu dalam sebuah sesi bersama sebuah badan penyiar, ARD. Beliau turut menyatakan bahawa jika tiada tindakan sepatutnya diambil, hospital-hospital di negara tersebut akan mengalami masalah pencairan aset yang drastik beberapa bulan akan datang.

Pada minggu lalu, Persekutuan Hospital Jerman telah membuat aduan mengenai jurang dana yang akan meningkat naik sehingga nilainya boleh mencecah 15 bilion bagi tahun 2022 dan tahun 2023.

Pihak kesihatan telah bersetuju untuk bertemu dengan Menteri Kewangan, Christian Lindner pada Selasa ini bagi membincangkan bentuk bantuan yang sesuai yang dapat disalurkan oleh pihak kerajaan.

Kadar inflasi tahunan di Jerman terus meningkat dengan kadar dua angka, yang mana ianya telah mencecah ke 10.9% pada bulan lalu, dan dikatakan yang tertinggi sejak daripada penyatuan Jerman beberapa dekad lalu.

Para ahli ekonomi Jerman telah memberi amaran bahawa peningkatan mendadak harga gas di negara tersebut bakal menyebabkan kemelesetan ekonomi yang teruk.

Dalam pada itu, mereka turut meramalkan bahawa Jerman akan menjadi salah sebuah negara yang paling teruk terkesan akibat daripada kelembapan ekonomi dunia tahun hadapan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: