Tempatan

YouTuber Israel, Nas Daily Masuk Malaysia Guna Passport Caribbean

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2022 -“30 tahun lalu, saya diharamkan masuk ke Malaysia kerana pasport Israel saya. Jadi, saya pergi beli kerakyatan baru agar dapat masuk dan tunjukkan kepada anda.”

Ini merupakan antara kenyataan dalam Facebook story YouTuber terkenal Israel, Nas Daily seperti dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @sunduvan01.

Berdasarkan FB story itu, video blogger terkemuka dunia yang nama penuhnya Nuseri Yassin itu berjaya masuk ke Malaysia selama 12 jam menggunakan pasport Caribbean, kerakyatan yang dibelinya.

“FB story Nash Daily 12 jam di Malaysia…Dia tak pergi KL ke?” kata @sunduvan01 selepas Facebook story itu menunjukkan Nas Daily hanya pergi ke Melaka sahaja.

Dakwa Nas Daily lagi, setiap 30 saat, dia berjumpa dengan orang yang mengenalinya di Melaka.

“Malaysia tengok Nas Daily juga!”

Di akhir perkongsian, Nas Daily mendakwa bahawa dia akan berkongsikan video penuh pengalamannya berada di Melaka dalam posting akan datang.

Selain itu, dia turut mendakwa bahawa membeli kerakyatan negara lain untuk masuk ke Malaysia adalah sangat berbaloi.

Nas Daily diharamkan masuk ke Malaysia dan 20 negara Muslim lain sejak tahun 2018 menggunakan pasport rejim haram aparteid Israel.

Sebelum ini, YouTuber itu telah mendapat kecaman ramai terutamanya di kalangan rakyat Palestin selepas menyiarkan video memperlekehkan isu penderitaan yang dialami Palestin selama ini.

Dalam video itu juga, dia menegaskan, ‘kedua-dua pihak’ rejim haram aparteid Israel dan Palestin menghadapi penderitaan dan keganasan serta tiada siapa yang dapat menafikan perkara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: