Antarabangsa

Pakar Ekonomi Jangka Kemalapan Ekonomi Dunia 2023

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DAVOS, SWITZERLAND, 23 Januari 2023 – Sebuah undian yang dilakukan oleh World Economic Forum (WEF) telah menatijahkan bahawa separuh daripada ahli ekonomi terkemuka menyatakan bahawa mereka menjangkakan kemalapan ekonomi pada tahun ini.

Hasil daripada kaji selidik tersebut telah diterbitkan di laman web (WEF) pada Isnin lalu, sewaktu para pemimpin negara dan pemimpin perniagaan berkumpul untuk mesyuarat tahunan di Switzerland.

BACA JUGA: Pengangkutan Percuma Untuk OKU & Pelajar Sekolah – Menteri

BACA JUGA: Tempelak Menteri Kritik Filem ‘Pulau’, Women Aid Organisation Disanggah

BACA JUGA: Terima Kasih PM Bagi Angpow Tahun Baru RM40 Juta – Wee Ka Siong

Kaji selidik tersebut adalah berdasarkan sejumlah 22 maklum balas yang diberikan oleh sekumpulan ketua-ketua ekonomi yang mewakili agensi-agensi antarabangsa termasuklah International Monetary Fund (IMF), bank-bank pelaburan dan syarikat-syarikat multinasional.

Lebih daripada dua per tiga daripada responden percaya bahawa kelembapan ekonomi sedunia akan berlaku pada tahun 2023, di mana 18 peratus cenderung bagi menyatakan bahawa ianya “sangat mungkin akan terjadi”.

18 peratus yang menyatakan jawapan berikut adalah dua kali ganda daripada undian yang dijalankan sebelum ini iaitu pada September tahun lalu.

Hanya satu per tiga daripada keseluruhan responden menyatakan bahawa kemalapan ekonomi dunia pada tahun 2023 ini mungkin tidak akan terjadi.

Kaji selidik tersebut dilakukan tidak lama selepas laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, yang mana ianya meramalkan tentang perkembangan ekonomi dunia pada tahun 2023 di mana kemalapan ekonomi akan berlaku sebagaimana banyak negara kini yang berhadapan dengan krisis tenaga, inflasi, makanan dan keselamatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: