Tempatan

Petronas, KWSP Raih Indeks Kepercayaan Tertinggi Rakyat Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

SHAH ALAM, 08 Januari 2023 – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) raih indeks kepercayaan tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia pada tahun 2022.

BACA JUGA: ‘Tak Cover’ Langsung Bertudung, Minum Arak Di Kelab Malam

BACA JUGA: Projek LCS RM9 Bilion, PM Digesa Jawab “U-Turn”

BACA JUGA: Kabel Dicuri Punca Banyak Lampu Jalan MRR2 Tidak Menyala

Menurut kajian terbaharu oleh Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn. Bhd. (Ipsos) KWSP telah meraih sebanyak 76 mata dalam indeks kepercayaan manakala Petronas sebanyak 72 mata.

Kata Pengarah Bersekutu Ipsos, Lars Erik Lie, kegusaran orang ramai terhadap pandemik yang melanda pada tahun 2022 semakin berkurangan.

Jelasnya, kegusaran itu kini beralih kepada isu inflasi, kos sara hidup serta kenaikan kadar faedah yang menyebabkan peralihan kepada fasa pasca pandemik di mana ia sedikit tersasar daripada jangkaan serta harapan untuk peringkat permulaan.

“Bagaimanapun, di tengah-tengah ketidaktentuan ini, tahap kepercayaan penduduk Malaysia terhadap syarikat dan institusi didapati kekal teguh pada tahun 2022.”

“Sama seperti tahun sebelumnya, tahap kepercayaan kepada syarikat dan agensi-agensi pengawal selia secara khususnya kekal utuh, menyaksikan KWSP dan Petronas menduduki dua tangga teratas sebagai entiti yang paling dipercayai di Malaysia,” tambahnya lagi.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: