Antarabangsa

ZALIM! Tentera Zionis Menyamar Kakitangan Hospital, Bunuh Rakyat Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JENIN, 31 Januari 2024 – Tentera Zionis Israel yang menyamar sebagai kakitangan hospital telah menyerbu Hospital Ibnu Sina di sini sekali gus membunuh tiga rakyat Palestin di hospital tersebut.

Mangsa tersebut, Mohammad, Basil Ayman Al-Ghazawi dan Mohammad Walid Jalamna telah menjadi sasaran apabila mereka ditembak mati oleh tentera haram terbabit.

Rakaman pengawasan yang tersebar di media sosial mendedahkan tentera haram Zionis Israel telah menyamar sebagai jururawat, wanita berhijab serta kakitangan hospital lain selain turut kelihatan ada yang membawa kerusi roda dan kerusi kereta bayi.

Menurut laporan, sumber dalaman hospital mengatakan bahawa kira-kira sepuluh tentera pendudukan Israel yang menyamar telah pergi ke tingkat tiga di mana mereka menggunakan pistol yang disenyapkan untuk membunuh tiga lelaki warga Palestin itu.

Dalam pada itu, Menteri Keselamatan Negara sayap kanan Israel, Itamar Ben-Gvir turut berkongsi rakaman berhubung kejadian tersebut di platform X nya dengan mengatakan,

“Mengucapkan tahniah dan menguatkan Angkatan Pertahanan Israel atas aktiviti kepahlawanan mereka semalam dengan kerjasama pasukan Tentera Pertahanan Israel (IDF) dan pasukan Keselamatan Dalam Negeri (Shin Bet) di kem pelarian Jenin, yang membawa kepada penghapusan tiga pengganas – beritahu semua musuh kita bahawa pasukan kita akan beroperasi di mana-mana dan dengan segala cara untuk melindungi warganegara dan negara Israel.”

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kaila telah menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), institusi antarabangsa dan organisasi hak asasi manusia untuk campur tangan dan menghentikan siri jenayah harian yang berterusan dilakukan oleh pendudukan haram itu terhadap rakyat Palestin dan kemudahan kesihatan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat yang diduduki.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: