Pemimpin Jihad Islamik Dakwa Iran Satu-Satunya Negara Berani Pertahan Palestin Secara Terbuka
PALESTIN, 21 Jun 2023 – Pemimpin bagi pergerakan pejuang Palestin, Islamic Jihad telah membuat pujian terhadap Iran berikutan sokongan yang diberikan oleh republik itu terhadap warga Palestin.
Pemimpin Islamic Jihad, Ziad al-Nakhleh dalam pujiannya turut menekankan bahawa republik tersebut adalah satu-satunya negara di dunia ini yang menyokong Palestin serta pergerakan anti-Israel secara terbuka.
Ujarnya, “Iran berani untuk mengisytiharkan sokongannya terhadap orang Palestin serta pergerakan pembela Palestin. Tiada sebarang negara di dunia ini yang mengambil pendirian sedemikian secara jelas”.
BACA JUGA: Katolik Digesa Nyatakan Pendirian Ke Atas Amalan Perjudian Di Malaysia
BACA JUGA: Menteri Pertahan Kenyataan Pelarian Rohingya Berpeluang Sambung Belajar Di IPTA
BACA JUGA: Trek Stadium Darul Makmur Dibuka Percuma Mulai 26 Jun
Beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian sewaktu dalam sesi temu bual dengan rangkaian berita televisyen berbahasa Arab, Al-Alam yang berpusat di Tehran.
Nakhleh yang mengetuai delegasi warga Palestin ke Iran minggu lalu turut menyifatkan mesyuarat yang berlangsung di antara para pegawai tinggi Hamas dan Islamic Jihad serta Quds Force of the Islamic Revolution’s Guards Corps (IRGC) sebagai “penzahiran sokongan Tehran terhadap kumpulan-kumpulan pembela Palestin”.
Mesyuarat yang sama juga turut disifatkan sebagai “keutamaan mengenai hubungan yang sangat erat di kalangan Islamic Jihad, Hamas dan juga Republik (Iran)”.
Iran’s Supreme National Security Council (SNSC) pula telah menyifatkan penentangan adalah pendekatan yang paling berkesan dalam menghentikan pencerobohan Israel terhadap Palestin yang telah berlaku selama lebih dari 70 tahun.