13 Lagi Warga Gaza Maut, Rejim Zionis Mengaku Operasi Serangan
GAZA, 10 MEI 2023 – Tentera rejim haram aparteid Israel telah melancarkan serangan udara di beberapa kawasan di seluruh Semenanjung Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 13 orang, termasuk enam wanita dan empat kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Antara yang maut ialah tiga anggota gerakan Jihad Islam Palestin (PIJ) yang disasarkan oleh tentera rejim haram aparteid Israel.
Bangunan enam tingkat yang dibom oleh tentera rejim Zionis adalah bangunan kediaman awam di mana peluru berpandu rejim mengenai tingkat keempat, kelima dan keenam yang sebahagiannya musnah. Pangsapuri tersebut didiami oleh orang awam yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
BACA JUGA: Penempatan Terbongkar, PATI Bermalam Di Hutan Elak Ditangkap
BACA JUGA: KPKM Yakin Malaysia Boleh Tandingi Durian China
BACA JUGA: Pahang Mohon Peruntukan RM414 Juta Baiki Jalan Rosak
Tanpa sebarang amaran, serangan dari tentera rejim haram aparteid Israel dilihat bertujuan untuk memusnahkan dan membunuh mereka yang berada di dalam bangunan tersebut.
Beribu-ribu penduduk Gaza berkabung dalam perarakan pengebumian melalui tengah-tengah Kota Gaza, bermula di Masjid Omari, di mana mereka turut melaungkan dan menjanjikan pembalasan di atas jenayah besar yang dilakukan oleh tentera rejim haram aparteid Israel.
Menurut Shaaban Adass yang sedang berkabung di atas kematian saudara perempuannya, serangan tentera rejim Zionis ke atas Tofah di timur Kota Gaza telah menyasarkan Khalil al-Bahtini, 44 tahun, seorang anggota PIJ yang terbunuh bersama isteri dan anak perempuannya berusia lima tahun.
Apa yang berlaku adalah jenayah kejam oleh tentera rejim haram aparteid Israel, yang meragut nyawa orang yang tidak bersalah yang sepatutnya selamat di rumah mereka, katanya kepada Al Jazeera.