Antarabangsa

Boikot Kerajaan Baru Rejim Haram Israel – PLO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEBING BARAT, 27 Disember 2022 – Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menggesa komuniti antarabangsa memboikot kerajaan baharu rejim haram aparteid Israel, lapor media Timur Tengah.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif PLO, Saleh Raafat mendedahkan bahawa perjanjian pihak yang terlibat dalam kerajaan baru rejim Israel adalah berdasarkan aparteid dan diskriminasi.

Katanya, “Strategi kerajaan baharu Israel adalah berdasarkan lebih banyak tindakan keras dan keganasan terhadap rakyat Palestin.”

Dalam pada itu, Saleh menyifatkan kerajaan haram Israel sebagai ‘kerajaan peneroka’ kerana ia termasuk menteri yang tinggal di tanah penempatan.

Beliau turut memperingatkan tentang pembentukan jawatankuasa menteri baru, khususnya menteri yang menguruskan pembinaan dan perluasan penempatan di Tebing Barat dan Timur Baitulmuqaddis yang diduduki.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Palestin, Fatah dan Presiden PLO, Mahmoud Abbas mengatakan bahawa slogan kerajaan baharu Israel ialah ‘aparteid dan diskriminasi kaum’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: