Antarabangsa

Tragedi Beit Ummar, 22 Warga Palestin Cedera, 5 Maut – Bulan Sabit Merah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAMALLAH, 30 November 2022 – Seramai lima orang rakyat Palestin terkorban dan 22 orang cedera akibat tembakan peluru tentera rejim haram aparteid Israel dalam tragedi berdarah di Beit Ummar, Tebing Barat semalam.

Persatuan Bulan Sabit Merah melaporkan sedemikian setelah pegawai perubatannya merawat 22 rakyat Palestin yang cedera, termasuk dua kecederaan yang diklasifikasikan sebagai serius.

Menurut penduduk tempatan, pertempuran meletus antara tentera rejim haram dan rakyat Palestin semasa berlakunya serbuan tentera pendudukan. Mereka berkata, tentera Israel menggunakan peluru hidup, peluru bersalut getah dan gas pemedih mata semasa bertempur.

Akibat daripada itu, pemuda Palestin, Raed Al-Naasan, 21, terkorban selepas cedera parah di tangan tentera rejim haram ketika mereka menyerbu perkampungan Al-Mughayyir, timur laut Ramallah.

Kementerian Kesihatan Palestin turut mengumumkan kesyahidan Jawad Al-Rimawi, 22 yang ditembak di pelvis dan adiknya Thafer Al-Rimawi, 21 tahun, ditembak di dada.

Sementara itu, seorang lagi warga Palestin ditembak mati selepas dituduh memukul seorang warga Israel yang hanya mengalami kecederaan sederhana sahaja.

Pada Isnin lalu, dilaporkan, tentera rejim haram aparteid Israel telah menembak Mufid Ikhlail, seorang tahanan warga Palestin di kepala yang mengakibatkan beliau mengalami kecederaan kritikal dan meninggal dunia.

Mengulas lanjut, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan lebih 125 rakyat Palestin terbunuh di seluruh wilayah Tebing Barat pada tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: