Negara Rejim Haram Aparteid Israel Aniaya Rakyat Palestin: Laporan PBB
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PALESTIN, 20 Oktober 2022 – Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri telah mendedahkan bahawa kerajaan rejim haram aparteid Israel menganiaya rakyat Palestin.
Laporan oleh Franseca Albanese tersebut menumpukan kepada taktik kotor Israel untuk menghapuskan hak rakyat Palestin bagi mentadbir kawasan yang dimiliki oleh rakyat Palestin sendiri.
Dalam menjalankan agenda licik mereka, tentera rejim haram aparteid Israel dilaporkan telah menggunakan kekerasan, sehinggakan pada tahap yang boleh membunuh, terhadap wartawan dan sukarelawan yang mengkritik Israel.
Sebagai contoh, Salah Hammouri, seorang pejuang hak asasi dari Perancis yang telah dipenjarakan oleh pihak berkuasa rejim haram aparteid Israel tanpa sebarang pertuduhan – dan tempoh penahanan boleh dipanjangkan sesuka hati mereka.
Selain Hammouri, hampir 4,500 rakyat Palestin turut ditahan oleh pelampau Zionis di mana 730 dari tahanan tersebut berdepan dengan nasib yang sama seperti Hammouri – ditahan tanpa sebarang pertuduhan, dan tanpa mengetahui sama ada mereka akan dibebaskan atau tidak.
Laporan tersebut turut mendesak pihak rejim haram aparteid Israel untuk memberhentikan kegiatan haram mereka, iaitu penaklukan keatas tanah rakyat Palestin – terutamanya di kawasan Tebing Barat.
Francesca Albanese turut mengkritik sikap sesetengah negara yang cuba untuk ‘bermesra-mesra’ dengan rejim haram aparteid Israel, kononnya dengan alasan untuk memujuk Israel ke arah perdamaian. Usaha tersebut disifatkan sebagai sesuatu yang “tidak efektif”.