Antarabangsa

Turkiye Kenal Pasti 44 Individu Dikaitkan Dengan Ejen Mossad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL, 16 Disember 2022 – Pihak berkuasa Turkiye berjaya mengenal pasti 44 individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan agensi perisikan rejim haram aparteid Israel, Mossad baru-baru ini.

Dilaporkan, seramai tujuh suspek telah dipenjara manakala suspek lain masih bebas dan ada juga yang sedang disiasat oleh unit pengintipan musuh Turkiye.

Presiden dan pengasas Persatuan Detektif Persendirian di Turkiye, Ismail Yetimoglu, dipercayai antara individu yang ditahan oleh pihak berkuasa negara tersebut. Menurut sumber, Ismail menjadi detektif swasta dan membuka syarikatnya pada 2007 selepas 23 tahun bekerja sebagai penjawat awam.

Dalam pada itu, suspek yang ditahan dipercayai terlibat dalam kempen menyasarkan ekspatriat dan organisasi Palestin di Turkiye. Ia dianggap membabitkan ancaman dan kenyataan memburukkan reputasi rakyat dan institusi Palestin menerusi media sosial serta kebocoran maklumat kepada Mossad.

Media antarabangsa turut melaporkan, anggota rangkaian perisikan tersebut menerima ribuan dolar sebagai ganti untuk tugas mereka.

Pada masa sama, Louis Fishman, Profesor Madya di Kolej Brooklyn berkata, penahanan terbaru ini berlaku ketika Israel dan Turkiye sedang berusaha untuk ke arah perdamaian.

“Ini hanya akan menjejaskan perkongsian risikan kukuh yang dimiliki kedua-dua negara, dan jika ada kebenaran padanya, ia kelihatan seperti perjudian besar untuk Israel, dengan hasil yang sedikit,” ujarnya.

Beberapa tahun kebelakangan ini, siasatan unit pengintipan musuh telah menemui beberapa rangkaian beroperasi di wilayah Turkiye dan bekerja untuk Rusia dan Iran untuk menculik sekali gus membunuh sasaran di negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: